Saya Tulus Kanjeng adalah pemilik Tulus Plumbing. Prinsip saya dalam pekerjaan, khususnya dalam plumbing adalah servis yang cepat, harga yang mantap dan insyaallah boleh diharap. Saya sendiri yang pergi ke lapangan untuk menilai masalah atau kerosakan yang dihadapi sebelum melaksana sesuatu tugasan.
Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Walau bagaimanapun ada masalah kecil dan ada masalah besar. Ada yang memerlukan masa yang pendek dan ada juga yang memerlukan masa yang panjang dan kepakaran yang mendalam. Sekiranya pasukan kami tidak berupaya melaksanakan tugasan, saya akan membawa pihak yang lebih pakar dalam perkara ini sehingga masalah yang dihadapi oleh anda, insyaallah dapat diselesaikan.

No comments:
Post a Comment